Hampir tujuh tahun telah berlalu sejak saya memulakan blog ini pada 8 April 2011. Kurang dari dua tahun selepas itu, saya terpaksa 'berehat' dari penulisan blog untuk memberi tumpuan kepada beberapa perkara penting berkenaan masa depan diri sendiri.
Disebabkan banyak komitmen dan cabaran-cabaran yang dihadapi saya gagal untuk kembali menulis dan selalu terlupa untuk mulakan langkah pertama kembali menghidupkan blog Mat Guyver. Hari ini saya berkesempatan buka blog ini melalui laptop baru dan memutuskan untuk tulis satu catatan baru.
Dua sebab paling utama saya wujudkan blog pada tahun 2011 adalah kerana :
1. Berkongsi tentang apa yang saya pelajari dalam Al-Quran dari perspektif baru yang bertentang dengan arus perdana.
2. Menyuarakan pendapat dan penentangan saya terhadap penyakit kepandiran agama di kalangan masyarakat Melayu yang semakin menjadi-jadi dan menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding manfaatnya.
| Laptop baru untuk majukan bisnes teknologi. |
Saya akui daripada post-post lama, saya berasa agak lucu menyedari terdapat banyak tanda-tanda ketidak-matangan dalam penulisan saya. Sifat ini datang dari pemikiran idealis dan harapan keterlaluan saya untuk melakukan perubahan.
Analoginya seperti saya bersembang gebang di kedai mamak bersama rakan-rakan untuk mendaki ke puncak Gunung Everest tetapi masih belum melakukan apa-apa persiapan. Kerana itu pada penghujung tahun 2012 saya mula terfikir untuk fokus kepada 'take action' berbanding menulis.
Alhamdulillah, walaupun perjalanannya sangat jauh akhirnya saya berjaya mencapai banyak kemajuan dalam hidup dan berasa lebih puas setiap hari. Saya tidak sampai lagi ke kaki 'Gunung Everest' tetapi telah berjaya menakluk puncak 'Gunung Kinabalu' beberapa kali.
Selain disebabkan laptop baru, saya membuka semula blog ini kerana pada awal tahun 2018 ketika menetapkan azam tahun baru saya terjumpa beberapa diari lama yang saya tulis dari tahun 2010 sehingga 2015. Saya menitis air mata tak tahan mengenang segala catatan yang saya pernah catatkan dalam diari-diari ini.
Banyak dari catatan ini mengingatkan keperitan yang saya alami untuk mencapai impian hidup yang lebih baik. Tahun 2009, 2010, 2012 dan 2014 merupakan tahun-tahun paling memeritkan dalam hidup saya. Banyak beban emosi seperti kekecewaan, kesedihan, kemurungan, putus harapan dan sebagainya saya tanggung.
Dan tangisan kecil saya bertambah kuat kerana selepas menyelongkar diari-diari tersebut saya memindahkan data dari laptop lama masuk ke laptop baru melalui portable hard-disk. Sempat saya meneroka kembali fail-fail lama seperti foto, dokumen, grafik dan ebook yang mengingatkan memori lama diri saya sebelum berjaya.
Selesai semua data transfer, saya berasa puas dan tenang melihat laptop yang baru dibeli ini (saya hadiahkan kepada diri sendiri) yang merupakan simbol tahap kejayaan telah saya capai selepas mengharungi banyak kepayahan.
Satu life-fullfilment apabila kita telah berjaya sampai ke puncak kejayaan dan berehat sambil mengenang payah jerih yang pernah dialami. Semakin hari saya dapat rasakan semakin kuat momentum ke arah hidup lebih bermakna dan bahagia. Ada beberapa rahsia ingin saya kongsikan dalam post akan datang bagaimana untuk anda menikmati kepuasan hidup tidak kira di mana tahap anda sekarang. Nantikan......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan