11 April 2017

Mencari Tuhan Yang Tidak Hilang



Ke Kota Ini Aku Datang,
Melihat Manusia Yang Berbilang,
Semuanya Berjalan Berpusu-Pusu,
Menuju Ke Satu Tempat Bertumpu.

Pelbagai Ragam Dan Adat Budaya,
Dari Seluruh Pelusuk Dunia,
Berasak-Asak Ke Sebuah Pintu,
Seperti Mahu Melihat Sesuatu,

Kelihatan Gembira Wajah Mereka,
Bergerak Pantas Mengejar Masa.
Itulah Ajaran Nenek Moyang,
Mencari Tuhan Yang Tidak Hilang.

Sanggup Bergadai Atau Berhutang,
Agar Mendapat Banyak Wang,
Menempah Tiket Acara Tahunan,
Membaling Batu Ke Rumah Syaitan.

Berpakaian Aneh Seperti Hantu,
Berpusing-Pusing Mengorbit Batu,
Menjerit-Jerit Memanggil Tuhan,
Mengharap Doa Terus Diperkenan.

Tidak Kira Tua Dan Muda,
Atau Jantan Mahu Pun Betina,
Berebut-Rebut Mencium Batu,
Mahu Bersihkan Dosa-Dosa Dahulu.

Tidak Pernah Aku Berhasrat,
Ke Kota Ini Untuk Melihat,
Tuhan Palsu Berbentuk Kotak,
Kerana Aku Dikurniakan Otak.

Bersyukur Aku Tidak Terjerat,
Melihat Penipuan Paling Hebat,
Iaitu Berhala Orang Dulu-Dulu,
Satu Legasi Agamawan Penipu.

-Mat Guyver-

26 Mac 2017

Kembali Menulis - Selepas Empat Tahun Tujuh Bulan !!!

Selepas lebih kurang empat tahun dan tujuh bulan menutup blog ini buat 'sementara' waktu, akhirnya saya sebagai penulis dan pentadbirnya kembali mengaktifkan blog Mat Guyver.

Kepada mereka yang pernah mengikuti blog ini pasti tertanya-tanya ke mana saya menghilang? Apa yang berlaku kepada saya? Adakah masih hidup atau sebaliknya? Kenapa blog ini dinyah-aktifkan? Akibat telah melalui satu tempoh yang sangat lama, saya yakin ramai di kalangan 'pengikut' setia blog ini berfikiran ia tidak akan kembali lagi.

Oleh itu saya memohon maaf kepada anda yang mungkin masih tertunggu-tunggu menantikan pengaktifan semula blog ini. Saya akan kongsikan beberapa sebab dalam post akan datang mengapa blog ini ditutup. 

Pada mulanya saya merancang untuk mengaktikan semula blog ini selepas 12 bulan penutupannya tetapi disebabkan sibuk dengan beberapa perkara termasuk menyambung pengajian dalam satu jurusan teknologi, kemudian kerja praktikal selama 18 bulan dan dalam masa yang sama juga sibuk dengan sebuah technology startup - menyebabkan saya hampir lupa untuk kembali aktif menulis. 

Sehinggalah beberapa minggu lepas, ketika itu saya sedang bercuti di sebuah pulau peranginan - saya mendapat ilham untuk kembali menulis blog ini. Terdapat beberapa garis panduan baru untuk saya sebagai penulis dan pentadbir iaitu : -

  • Ini adalah blog peribadi, rasanya tidak salah untuk saya kongsikan perkara, aktiviti, idea, pendapat atau apa sahaja yang saya mahu kongsi. 
  • Dengan syarat baru, saya tak mahu sentuh sensitiviti keagamaan masyarakat Melayu kita secara keterlaluan. 
  • Saya juga akan kongsikan perkembangan sebuah startup technology yang saya ceburi untuk inspirasi golongan muda supaya mereka lebih berani berfikir untuk menjadi masyarakat maju.
  • Apa sahaja yang kita lakukan, mestilah terlebih dahulu memberi faedah kemajuan kepada diri sendiri. Oleh itu, saya mahu jadikan blog ini sebagai platform perkongsian pengetahuan-pengetahuan berguna untuk kita menikmati kehidupan yang lebih mendamaikan.
  • Ada beberapa perkara peribadi akan saya kongsikan seperti travel, makanan, fotografi, ulasan buku, lifehack dan lain-lain.
  • Termasuk juga beberapa kajian dan pandangan saya tentang ayat-ayat Al-Quran.
  • Saya tak berminat langsung menulis tentang politik kepartian. Tidak kiralah bertapa anda yakin seseorang ahli politik atau pergerakan politik itu bersalah dan mesti ditumbangkan - saya tak menyebelahi mana-mana pihak. Boleh je nak komen tulis tentang idoelogi politik anda tapi saya ada pendirian sendiri iaitu duduk di atas pagar.
  • ........ mungkin beberapa perkara lain yang saya akan fikirkan bermanfaat.
Blog ini dalam proses pengubah-suaian. Ambil masa beberapa hari untuk siap sepenuhnya sebelum post berikutnya. Sementara itu enjoy lah dengan apa yang anda ada dalam kehidupan ini.

Jom minum dulu......